Friday, March 25, 2011

pesanan buat lelaki

PESANAN BUAT LELAKI... DAN JUGA WANITA!

WANITA:AKALNYA SENIPIS RAMBUT
Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
 
tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki
akan resah,
Masih mencari
Walau ada segalanya,
 
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam
tetap rindukan Hawa..
 
Dijadikan wanita
dari tulang rusuk
yang bengkok itu,
untuk diluruskan
oleh lelaki,
 
Tetapi seandainya
Lelaki itu sendiri
tidak lurus...
mana mungkin
kayu akan bengkok
menghasilkan bayang yang lurus,
 
Luruskan wanita
dengan jalan ditunjukkan
oleh Allah SWT,
kerana mereka diciptakan
sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka
dengan panduannya,
Janganlah cuba menjinakkan
dengan harta,
Kerana nantinya
mereka akan liat,
 
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya
mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Di situlah punca
kekuatan dunia!!!
 
Akalnya
senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hatinya
separuh kaca,
Kuatkanlah ia
dengan iman,
Perasaannya
selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,

Suburkanlah ia
kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat
nilaian dan keadilan,
 
Tuhan,
Bisikkanlah
ke telinga mereka
bahawa kelembutan
bukan satu kelemahan,
Ia bukan satu diskriminasi Tuhan,
sebaliknya di situlah
kasih dan sayang Tuhan,
 
Jinakkanlah diri
kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah
segala-galanya
di bawah pimpinanmu lelaki,
 
Jangan mengharapkan
isterimu semulia
Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahuwajhah

Terimalah
 wanita
dengan seadanya
kerana setiap ciptaan Allah
tidak ada yang sia-sia

semuanya penuh makna..........
(wanita_dehearty)

No comments:

Post a Comment